XI GROUP  |  Xi Fertility TCM Centre
Moxibustion

Perkhidmatan Kami / Moxibustion

Moxibustion adalah teknik perubatan tradisional Cina yang melibatkan pembakaran mugwort (sejenis herba kecil dan lembut) untuk memudahkan penyembuhan. Tujuan moxibustion adalah untuk meningkatkan pengaliran darah, merangsang aliran qi, dan memperbaiki kesihatan pada umumnya. Pengamal mengguna Moxa untuk memanaskan kawasan dan titik akupuntur dengan tujuan untuk mendorong pengaliran darah dan qi dengan lebih lancar. Ianya dipercayai boleh bertindak sebagai suatu emmenagogue yang merangsangkan pengaliran darah di kawasan pelvik dan rahim. Moxibustion juga dipercayai boleh menyingkirkan kesejukan dan kelembapan dalam badan, dan juga boleh digunakan untuk  membetulkan kedudukan janin