XI GROUP  |  Xi Fertility TCM Centre
TCM dan Peningkatan Kesuburan

TCM dan Kesuburan / TCM dan Peningkatan Kesuburan

Jika anda telah cuba untuk mengandung selama setahun dan tidak berjaya, anda mungkin menghadapi masalah untuk mengandung, atau dikelaskan dalam bidang perubatan sebagai separa mandul. Separa mandul boleh dikelaskan keapda “Primary” atau “Secondary”. Separa mandul primary bermakna anda tidak pernah mengandung sejak dahulu. Separa mandul Secondary bermakna bahawa anda pernah mengandung, atau menghadapi keguguran / kehamilan ektopik pada masa lalu dan kini tidak dapat mengandung selepas setahun mencuba daripada kehamilan terakhir anda.

Terdapat banyak sebab mengapa kami menjadi separa mandul. Dalam perubatan barat, faktor-faktor seperti faktor ovari, tiub fallopio, rahim & serviks adalah antara punca-punca separa mandul. Menurut perubatan Cina pula, untuk meningkat kesuburan, keadaan yin, yang, qi dan darah dalam badan terutamanya dalam fungsi-fungsi buah pinggan perlulah sempurna dan seimbang. Salah satu elemen yang tidak seimbang akan menjadikan masalah separa mandul. Oleh sebab itu, walaupun Perubatan Cina mempunyai falsafah yang agak beza daripada perubatan Barat, ia sedia bertindak sebagai suatu pelengkap kepada rawatan Barat unutk separa mandul.

Antara pengelasan separa mandul mengikut Perubatan Cina adalah seperti berikut:

(1) Corak Kekurangan

(a) Kekurangan Darah & Yin

Keadaan ini dikaitkan dengan pelbagai masalah dengan telur, seperti ketidakupayaan untuk telur disenyawakan, telur disenyawakan tidak dapat implant dan membesar, atau tidak dapat apa-apa telur dalam ovari.

(b) kekurangan Qi & Yang

Ini dikaitkan dengan tenaga yang tidak mencukupi untuk mengaktifkan rahim dan mengakibatkan ketidakupayaan untuk telur disenyawakan, atau telur disenyawakan tidak dapat implant dan berkembang.

(2) Corak Kelebihan

Faktor patogen seperti kesejukan, kepanasan, kahak dan kelembapan, qi yang bertakung dan darah yang stasis mempunyai kesan ke atas rahim dan menyekat saluran-saluran di sana. Oleh itulah, persenyawaan menjadi semakin sukar.

Perubatan Tradisional Cina dengan menggunakan gabungan ubatan herba dan Akupunktur, membantu dalam meningkatkan kesuburan seseorang, dan meningkatkan peluang kehamilan sama ada secara semulajadi atau melalui Rawatan Kesuburan.

Objektif-objektif utama Terapi Perubatan Cina termasuk:

(1) Meningkatkan fungsi ovari

(2) Menguatkan sistem imun dan mengurangkan tekanan

(3) Meningkatkan kualiti & kuantiti Semen

(4) Meningkatkan diet & gaya hidup

Dengan gabungan Akupunktur, Perubatan Herba dan lain-lain bentuk Perubatan Cina akan dapat membantu dalam meningkatkan semua fungsi tersebut di atas, dan meningkatkan peluang anda untuk hamil secara semula jadi, juga meningkatkan peluang anda untuk berjaya sekiranya anda memilih rawatan kesuburan seperti IVF / ICSI.