XI GROUP  |  Xi Fertility TCM Centre
TCM dan Semasa Hamil dan Bersalin

TCM dan Kesuburan / TCM dan Semasa Hamil dan Bersalin

 

Rawatan TCM semasa hamil:

Keadaan-keadaan semasa hamil yang boleh dirawat dengan menggunakan Ubatan Cina Tradisional:

(A) Keguguran berulangan

Penggunaan Perubatan Tradisional Cina dalam mencegah keguguran berulangan dan meningkatkan kadar kelahiran adalah suatu bidang yang amat diperhatikan. Penggunaan Perubatan Tradisional Cina dan Akupunktur untuk mencegah keguguran berulang telah diguna secara meluas di kalangan Komuniti Oriental. Walaubagaimanapun, percubaan rawak terkawal untuk mengesahkan keberkesanan rawatan ini adalah masih ditunggu-tunggu.

(B) Hiperemesis gravidarum

Penggunaan akupunktur untuk merawat muntah yang teruk di peringkat awal kehamilan (hiperemesis gravidarum) telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian. Di sebahagian daripada negara-negara Eropah, Akupunktur telah bersepadu dengan amalan perubatan Barat dalam bidang ini.

(C) Induksi untuk bersalin

Penggunaan Akupunktur bagi induksi untuk bersalin telah terbukti berkesan.

(D) Moxibustion untuk Persalinan Sungsang

Berikutan dengan penerbitan sebuah kajian perubatan yang besar, Obstetrik kini sering menyampaikan bayi  persalinan songsang melalui pembedahan Caesarean, takut berlakunya kesan-kesan buruk terhadap kesihatan bayi yang melalui kelahiran faraj. Akupunktur dan moxibustion telah dibuktikan kesannya untuk mengalih kedudukan bayi kepada kepala ke bawah. Satu kajian rawak terkawal yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa penggunaan akupuntur & moxibustion adalah berkesan dan selamat untuk membetulkan kedudukan non-vertex. Ini seterusnya mengurangkan penggunaan Caesarean di kalangan wanita mempunyai bayi berkedudukan songsang.

(E) Melegakan kesakitan bersalin

TCM memainkan peranan penting dalam masyarakat Cina untuk memperbaiki keadaan-keadaan tempoh matang seperti muntah, keguguran, sindrom tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan, jumlah cecair amnion yang tidak biasa, pertumbuhan janin yang tidak biasa, dan lain-lain.

 

Rawatan TCM selepas bersalin:

– Kemurungan selepas bersalin

Masyarakat Cina mempunyai suatu rancangan pantang yang sistematik, yang membantu kaum wanita pulih daripada bersalin. TCM juga membantu memperbaiki keadaan selepas bersalin seperti sakit perut, demam, lochiorrhea, berpeluh yang tidak normal, paruria, sakit badan, sembelit, hypogalactia dan hypergalactia.

Rujukan :

References:

(1) Mao ZN, Liang CE. Observation on therapeutic effect of acupuncture on hyperemesis gravidarum. Zhongguo Zhen Jiu. 2009 Dec;29(12):973-6.

(2) Fejzo MS, Magtira A, Schoenberg FP, MacGibbon K, Mullin P, Romero R, Tabsh K. Antihistamines and other prognostic factors for adverse outcome in hyperemesis gravidarum. Eur J Obstet Gynecol Reprod Biol. 2013 Sep;170(1):71-6.

(3) Wegrzyniak LJ, Repke JT, Ural SH. Treatment of hyperemesis gravidarum. Rev Obstet Gynecol. 2012;5(2):78-84.

(4) Luo H, Liu JP, Li Q. Methodological issues and suggestions for improvement in randomized controlled trials of Chinese herbal medicine for recurrent miscarriage. Zhong Xi Yi Jie He Xue Bao. 2012 Jun;10(6):604-14.

(5) Smith CA, Crowther CA, Grant SJ. Acupuncture for induction of labour. Cochrane Database Syst Rev. 2013 Aug 15;8:CD002962.

(6) Vas J, Aranda-Regules JM, Modesto M, Ramos-Monserrat M, Barón M, Aguilar I, Benítez-Parejo N, Ramírez-Carmona C, Rivas-Ruiz F. Using moxibustion in primary healthcare to correct non-vertex presentation: a multicentre randomised controlled trial. Acupunct Med. 2013 Mar;31(1):31-8. doi: 10.1136/acupmed-2012-010261. Epub 2012 Dec 18.