XI GROUP  |  Xi Fertility TCM Centre
TCM dan Sakit Puan

TCM dan Sakit Puan

Penggunaan Perubatan Tradisional Cina (TCM) dalam merawat penyakit Ginekologi telah diterima secara meluas terutamanya di rantau Asia. TCM menggunakan perubatan herba, akupunktur dan tui na, untuk merawat pelbagai keadaan sakit puan dengan berkesan. Di antaranya adalah seperti berikut:

(1)    Gangguan Haid

Penggunaan TCM dalam rawatan gangguan haid, seperti haid tidak tetap masa, pendarahan haid luar biasa sama ada terlalu banyak ataupun sedikit, sakit haid (dysmenorrhoea), tanda-tanda dan gejala-gejala prahaid atau selepas menopaus.

(2)    Endometriosis

Endometriosis adalah keadaan yang berkaitan dengan kehadiran tisu endometrium di bahagian lain organ-organ pelvis seperti ovari, tiub fallopian, usus, pundi kencing dan dinding pelvik. Endometriosis menyebabkan kesakitan semasa haid dan berkaitan dengan kemandulan. Wanita menderita daripada endometriosis selalu mengalami kesakitan semasa hubungan seks dan mengurangkan peluang mereka untuk beranak. Pendekatan rawatan TCM adalah seperti mengurangkan kesakitan, mengawal kitaran haid dan meningkatkan fungsi ovari untuk mencapai kehamilan.

(3)    Sindrom Ovari Polycystic (PCOS)

Sindrom Ovari Polycystic adalah gangguan endokrin yang dikaitkan dengan rintangan insulin, penyelewengan haid, kemandulan, pertumbuhan bulu rambut yang berlebihan, naik berat badan, dan peningkatan hormon lelaki.

Pendekatan jangka pendek Perubatan Cina untuk pesakit dengan Sindrom Ovari Polycystic dan yang tidak berniat untuk menghamil adalah dengan mengawal kitaran haid mereka, merawat pertumbuhan jerawat dan rambut kelebihan, dan mengawal berat badan mereka. Pendekatan jangka panjang pula adalah untuk mengurangkan risiko menjangkit kencing manis, melindungi endometrium untuk mengurangkan risiko menjangkit kanser endometrium dan untuk mengurangkan risiko menjangkit penyakit kardiovaskular.

Bagi mereka yang berniat untuk menghamil, Perubatan Cina sedia ada kaedah rawatan yang baik untuk meningkatkan ovulasi dan mencapai kehamilan.

(4)    Kegagalan ovari pra-matang

Kegagalan ovari pra-matang ditakrifkan sebagai pemberhentian fungsi ovari dan ovulasi sebelum usia 40. Ciri-cirinya adalah seperti tahap FSH yang tinggi dan tahap estradiol yang rendah dalam darah. Walaupun Perubatan Barat mempunyai kelebihan untuk meningkatkan peluang kehamilan melalui IVF / ICSI,  kesannya ke atas pesakit yang mengalami kegagalan ovari pra-matang adalah terhad. Pendekatan Perubatan Cina dalam keadaan ini adalah komprehensif dan berkesan, tetapi memerlukan tempoh rawatan yang lebih panjang. Pendekatan rawatannya termasuk: (1) mengurangkan gejala pri-menopausal (2) Meningkatkan fungsi seksual, termasuk mengurangkan kekeringan faraj (3) mengurangkan kehilangan folikelyang masih ada dalam ovari dan meningkatkan tindak balas folikel ke atas FSH dan ubat-ubatan Kesuburan