XI GROUP  |  Xi Fertility TCM Centre

Jaminan Kualiti Ubat Tradisional Cina

Untuk mencapai hasil yang diingini dan jaminan kualiti terbaik, ubat-ubat kami (yang mengandungi herba) adalah tulen, berkualiti premium, bebas racun makhluk perosak dan diimport daripada sumber yang memiliki pengiktirafan Amalan Perkilangan Baik (GMP) sahaja. Caj yang kami kenakan adalah berdasarkan pada preskripsi herba dan kami yakin harganya munasabah untuk kualiti herba yang tinggi.

 

Tidak dapat dinafikan, kos herba adalah lebih murah sekiranya ia diperoleh daripada pengilang bukan bertaraf GMP yang mungkin menawarkan produk berkualiti lebih rendah dan mungkin mengandungi racun makhluk perosak. Penggunaan herba-herba sedemikian berpotensi mengakibatkan risiko seperti keracunan merkuri dan sulfur. Demi keselamatan dan kesejahteraan pesakit, kami hanya membekalkan herba berkualiti tertinggi yang paling selamat kepada semua pesakit kami.

 

Kami juga ingin berkongsi satu artikel yang telah diterbitkan dalam akhbar tempatan mengenai harga herba Cina yang semakin meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/15/the-old-superfood-but-at-fancy-prices-cost-of-herbs-that-are-highlyprized-by-traditional-chinese-med

 

Pihak Pengurusan Xi Women’s Health & Fertility TCM Centre

(Dimiliki oleh: Zhao Xi TCM Centre Sdn Bhd (1059855-X)