XI GROUP  |  Xi Fertility TCM Centre
Apakah itu Perubatan Tradisional Cina?

Apakah itu Perubatan Tradisional Cina?

Perubatan Tradisional Cina, atau TCM, berasal dari China dan merupakan salah satu sistem penyembuhan yang paling tua dan telah diamalkan selama beribu-ribu tahun berterusan. Ia termasuk ubat herba Cina, Akupunktur, Tuina, senaman dan terapi pernafasan (seperti qigong), dan nasihat diet dan gaya hidup.

 

TCM berdasarkan kepada falsafah tradisional Cina yang menganggap tubuh manusia ini suatu keseluruhan yang bersepadu, yang tindak-merintak dengan alam semulajadi, dengan keupayaan penyembuhan diri semula jadi. Seperti yang demikian, TCM dapati bahawa kesihatan yang baik bergantung kepada pemulihan dan pengekalan keharmonian dan keseimbangan fungsi-fungsi tubuh-badan manusia, dengan menggunakan suatu pendekatan holistic untuk memahami physiologi tubuh-badan manusia dan pathologi yang menyebabkan manusia jatuh sakit. Selalunya tumpuan akan diberikan kepada pencegahan penyakit, iaitu dengan memberikan rawatan dengan lebih awal sebelum peyakit-penyakit betul-betul berlaku.

 

Pendek kata, TCM dipengaruhi oleh falsafah tradisional Cina – Yin & Yang dan Teori Lima Elemen, yang menggunakan pendekatan holistik sebagai panduan, organ manifestasi dan meridian sebagai fisiologi dan patologi, dan Pembezaan Sindrom sebagai diagnosis dan rawatan ciri-fiturnya.

 

Ciri-ciri utama TCM

 Pendekatan holistik – TCM menganggap setiap struktur dalam badan kita sebagai suatu keseluruhan bersepadu. Ianya dihubungkan dengan sistem Meridian dan mendapat kuasanya daripada tenaga-tenaga kehidupan, atau digelarkan sebagai Qi dan Darah.

 Diagnosis dan rawatan dengan Pembezaan Sindrom – Rawatan TCM selalu diubahsuai dengan setiap individu mengikut keadaan badan orang itu dan gejala-gejalanya mengikut kaedah TCM iaitu dengan  cara memerhati, mendengar dan menghidu, memyoal, dan membaca nadi.

Teori-teori Asas TCM
yinyang-300x300
Teori Yin & Yang – Konsep Yin-Yang adalah teori yang paling penting dan tersendiri dalam perubatan Cina. Ia adalah sangat mudah, tetapi amat mendalam. Ia mewakili dua kualiti yang bertentangan tetapi saling melengkapi. Ia adalah istilah umum untuk aspek berlawanan dalam sesuatu objek/fenomena secara semula jadi.
Yin – sebagai sisi gelap sebuah bukit. Ia dikaitkan dengan sifat-sifat seperti sejuk, rehat, responsif, pasif, gelap, dalam, bawah, turun, tenang, dan berhenti. Ia adalah akhir, siap, dan hasil direalisasikan.
Yang – sebagai sisi cerah sebuah bukit. Ia dikaitkan dengan sifat-sifat seperti panas, rangsangan, pergerakan, aktif, tenaga, cahaya, luar, atas dan peningkatan. Ia adalah rangsangan, permulaan, dan potensi dinamik.

Wu_Xing-300x300

 

Teori Lima Elemen –  Teori Lima Element mengasingkan semua fenomena-fenomina semulajadi kepada lima kumpulan/corak semulajadi, iaitu Kayu, Api, Tanah, Logam dan Air, di antara kategorinya termasuk musim, arah, iklim, peringkat pertumbuhan dan pembangunan, organ dalaman, tisu badan, emosi, aspek jiwa, rasa, warna, bunyi dan sebagainya. Seolah-olahnya kategori-kategori ini adalah tanpa batasan. Teori Lima Elemen mencerminkan suatu perfahaman mengenai undang-undang semulajadi dan perintah universal untuk segala perkara di dunia ini.

 

Teori Manifestasi Organ – Ia merupakan teras fisiologi perubatan Cina, yang mewakili pandangan-pandangan perubatan Cina yang menganggap badan manusia sebagai suatu keseluruhan bersepadu, dan menjadi suatu landskap hubungan bagi integrasi fungsi-fungsi organ, emosi, activiti mental, tisu, perasaan, dan pengaruhan persekitaran. Ia dibahagikan kepada organ-organ Yin (dipanggil ‘Zang’ ) dan; Organ-organ Yang (dipanggil ‘Fu’ ). Organ-organ Yin, iaitu jantung, paru-paru, limpa, hati dan buah pinggang – menyimpan Bahan Vital yang terima daripada organ-organ Yang selepas transformasi bahan-bahan daripada makanan; Organ-organ Yang (dipanggil ‘Fu’ ), iaitu Gall Bladder, perut, usus kecil, usus besar dan pundi kencing – tidak menyimpan tetapi sentiasa diisi dan dikosongkan dengan bahan-bahan. Di samping menjalankan proses transformasi, organ-organ Yang juga mengeluarkan bahan-bahan buangan; Organ Ganjil (dikenali sebagai ‘Qi Heng Zhi Fu’ ) iaitu Otak, Sumsum tulang , Saluran darah, Rahim, dan Gall Bladder – Mereka dipanggil Organ Ganjil’ kerana mereka berfungsi menyimpan seperti Organ Yin, dan pada masa yang sama menpunyai ciri-ciri pengambilan dan pengeluaran seperti organ Yang.

 

Sistem Meridian – Sistem Meridian adalah satu sistem rangkaian yang kompleks dalam tubuh manusia dalam pemahaman TCM, yang merupakan laluan pengaliran Qi dan Darah, dan berinteraksi dengan organ-organ dalaman dan struktur-struktur dalaman lain yang berkaitan dengan mereka masing-masing. Ianya menghubungkan badan manusia secara keseluruhannya bersepadu. Ia mengandungi 12 Meridian Utama, 12 Meridian Tendinomuscular, 12 Meridian Cabangan, dan 8 Meridian Ganjil yang mengandungi 15 arteri utama dan menghubungkan 12 Meridian Utama dalam pelbagai bentuk.